Objektif Program
Mempertingkatkan adaptasi teknologi, digitalisasi dan automasi dalam kalangan Perusahaan Sosial dan koperasi
Bidang Fokus
Adaptasi Teknologi, Digitalisasi dan Automasi
Kumpulan Sasar
Perusahaan Sosial milikan tempatan dan koperasi
Syarat Kelayakan
- Perniagaan yang dikategorikan sebagai Perusahaan Sosial:
- Objektif penubuhan adalah secara aktif memberi kesan sosial yang positif; dan
- Mempunyai kumpulan penerima manfaat tertentu dari kalangan rakyat Malaysia sahaja sebagai contoh anggota-anggota Koperasi, golongan B40, orang kelainan upaya, orang Asli/Asal, golongan kurang bernasib baik/terpinggir dan yang berkaitan
- Entiti perniagaan yang telah berdaftar melalui salah satu pendaftaran berikut atau badan-badan yang sama taraf dengannya:
- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)
- Telah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun
- Pemilik/rakan kongsi adalah warganegara Malaysia
Fasa Pelaksanaan
- Penilaian kelayakan
- Penilaian teknikal
- Pemadanan solusi
- Pemasangan solusi dan latihan adaptasi
- Pemantauan
Solusi Yang Ditawarkan
Customer Relationship Management
Human Resource System
Online Rental System
Point of Sales System
Reseller Management System
Website As a Service
Permohonan
Permohonan 2022 belum dibuka
Dokumen Sokongan
- Salinan Kad Pengenalan pemilik atau pengasas perusahaan sosial
- Salinan pendaftaran perniagaan
- Carta organisasi
Maklumat Dihubungi
➤ MEDAC
Cik Norain binti Abdul Manaf
03-8883 6474/ 012-357 6311
risehelpdesk@medac.gov.my
➤ MTDC
Encik Mohd Shafiq Bin Mohd Nor
017-961 6236
tap@mtdc.com.my