MOHON PROGRAM

Objektif Program

Mempertingkatkan adaptasi teknologi, digitalisasi dan automasi dalam kalangan Perusahaan Mikro.

Bidang Fokus

Adaptasi Teknologi, Digitalisasi dan Automasi.

Kumpulan Sasar

Perusahaan Mikro milikan Bumiputera.

Syarat Kelayakan

  1. Entiti perniagaan yang telah berdaftar dengan mana-mana badan pendaftaran yang sah di sisi undang-undang Malaysia (SSM/PBT);
  2. Telah ditubuhkan selama sekurang-kurangnya satu (1) tahun;
  3. Mempunyai sekurang-kurangnya empat (4) orang pekerja tetap; dan
  4. Mempunyai nilai jualan tahunan kurang daripada RM300,000.

Fasa Pelaksanaan

  • Permohonan
  • Sesi penerangan dan pemadanan solusi
  • Surat tawaran dikeluarkan kepada peserta yang diperaku
  • Pemasangan solusi dan latihan adaptasi
  • Pemantauan adaptasi solusi dan pelaporan

Solusi Yang Ditawarkan

No.

Kategori

Nama Solusi

1.

Sistem Perakaunan [Accounting System]

Perakaunan dan Sumber Manusia [Accounting and Human Resource]

2.

Sistem Perancangan Sumber Perusahaan [Enterprise Resource Planning (ERP) System]

Perakaunan dan Kewangan [Accounting and Finance]

Pengurusan Pelanggan dan Inventori [Customer Relationship Management and Inventory]

Pengurusan Sumber Manusia dan Penggajian [Human Resources Management and Payroll]

Point of Sale (POS) dan Perakaunan [POS and Accounting]

3.

Servis E-Dagang [E-Commerce Services]

E-Commerce Storefront

Laman Web Perdagangan (Social Commerce Solution)

4.

Sistem Pengurusan Pertanian [Management System for Agriculture]

Sistem Pengurusan Ladang Secara Digital [Digital Farm Management System]

5.

Sistem Sewaan Dalam Talian [Online Rental System]

Sistem Pentadbiran dan Informasi Hotel [Hotel Administration and Information System]

Dokumen Sokongan

  • Salinan Kad Pengenalan pemilik
  • Salinan pendaftaran perniagaan
  • Gambar premis (dalam & luar)

Pegawai untuk dihubungi

KUSKOP
Encik Aizul Fidy Kamarudin / Puan Zuraidah Mohamed Said / Encik Sallam Abdullah
03-88836175 / 03-88836174 / 03-88836474
aizulfidy@medac.gov.my / zuraidah.said@medac.gov.my / sallam.abdullah@medac.gov.my

MTDC
Puan Cek Norlia Mohd Shah / Encik Mohd Shafiq Mohd Nor
017-8805051 / 017-9616236
tap@mtdc.com.my